Apakah Kepentingan Networking Kepada Perniagaan Anda

11:01 AM Adam Narzuan 0 Comments


Salam Sejahtera…
Apakah yang anda faham tentang networking ? Networking dalam bahasa mudah ialah kita mewujudkan  jaringan persahabatan . Pembinaan networking ini  memberikan kepentingan tertentu kepada perniagaan kita, baik untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

Pertama ialah sokongan moral. Dalam perniagaan mana pun ada waktunya memang kita menghadapi pengalaman sukar.  Sokongan moral dalam kalangan ahli network yang menjalankan perniagaan amatlah perlu.  Kadang- kadang ahli keluarga sendiri belum tentu dapat memahami atau memberikan sokongan yang diharapkan.  Hanya kita yang menjalankan perniagaan sahaja yang memahami hakikat dunia keusahawanan itu.

Kedua ialah idea percuma. Network yang terbina atas keikhlasan membolehkan wujudnya idea baru, mewujudkan peluang-peluang baru dalam perniagaan ataupun untuk membaiki perniagaan kita yang sedia ada. Kita akan seringkali mendapat idea yang sangat membantu hasil perjumpaan dan perbincangan.
Ketiga ialah peluang peluasan pasaran. Ada waktunya network yang kita bina membantu ke arah untuk membesarkan pasaran perniagaan. Contohnya beberapa orang sahabat yang kita kenali boleh membantu dalam pengedaran produk yang kita niagakan di negeri atau negara mereka.

Kesimpulannya begitulah pentingnya untuk kita membina network dalam perniagaan kita.  Sedikit nasihat daripada saya janganlah kita niatkan membina network  atas dasar kepentingan perniagaan semata-mata.  Keikhlasan tetap penting dalam membina network kerana dengan sebab niat yang betul ia akan mampu bertahan lama.

0 comments: