Perlukah Uji Menguji Dalam Hubungan??

2:57 PM adam 0 Comments


Uji menguji?? Bukan Uji Rashid tau.. Sebenarnya dalam setiap hubungan pasti akan ada rasa keraguan..Rasa was-was.. Tak kira lelaki ataupun perempuan.. Tak kira suami atau pun isteri... Adess pening bila fikirkan hal macam nie kan.. Maka bermulalah cemburu.. Cemburu kalau sikit-sikit boleh laa tahan.. Tapi kalau cemburu buta parah jadinya..

Bila dah cemburu akan adalah segmen test meng"test" ni.. Huhuhuhu.. Contohnya salah seorang akan buat akaun FB baru untuk melihat dah cuba-cuba ngorat pasangannya.. Kira menyamar laa ni... Dalam fikirannya kalau pasangannya melayan bermakna pasangannya curang... Aduyaaiiii...

Selain tu ada jugak yang beli no telefon lain... Pura-pura salah no.. Pastu buat-buat ngorat... Nak kantoikan pasangan sendiri... Boleh ker macam nie ek... Adam just nak komen jer sebab ramai kawan-kawan yang mengadu pasal hal sebegini...

Korang bercinta berdasarkan apa?? Harta, Rupa, Pangkat, Kemewahan, Hati , Perasaan, Keserasian, Cinta??? Korang tahu tak apa maknanya kejujuran??  Cuba korang bayangkan , pasangan korang sememangnya setia pada korang.. Namun di sebabkan korang menyamar si dia tetiba berubah hati... Pelik.. Kenapa benda ni terjadi??

Sebenarnya tanpa korang sedari apa yang korang lakukan ini adalah salah... Memang korang menyamar tetapi korang mengenali sikap dia, kemahuan serta segala-galanya mengenai dia.. Dah secara tidak langsung si dia akan merasa dia telah mendapat seorang teman baru yang cepat memahami...Senang citer aura korang senang diserap oleh si dia.. Faham??

Lagi satu korang boleh bayangkan tak apa perasaan pasangan korang apabila kejujuran dan cinta pada anda diragui.. Sering dipersoalkan.. Dan kini diuji... Mesti hancur hati mereka... Cuba letakkan diri anda di tempat mereka... Tak salah anda nak menguji tetapi biarlah berpada-pada..

0 comments: