Kenali Saya

12:17 AM Adam Narzuan 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur pada Allah kerana dapat kembali mencoret di dalam blog ini. Sebenarnya blog ni dah lama ada, cuma kekangan masa yang ada agak terhad.

Tetapi disebabkan tugasan yang diberikan, maka terpaksalah mengaktifkan kembali blog ini.Sebagai pengenalan nama saya Adam. Namun Adam bukanlah nama sebenar saya. Mengapa nama Adam? Kalau nak cerita pun, mungkin perlukan entri yang panjang. 

Saya berasal dari negeri yang terkenal dengan nasi dagang dan keropok lekor, Negeri Terengganu Darul Iman. Namun sudah 7 tahun menetap di Kuala Lumpur.

Buat masa sekarang Adam masih bekerja sebagai penjawat awam. Selain itu, Adam juga menjalankan perniagaan percetakan secara part time. Portfolio adam yang tak seberapa boleh kalian tengok di ruangan portfolio. 

Pada masa yang sama, sekarang ini Adam sedang melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (Kampus K.L). Doakan yang terbaik untuk Adam ye. 

0 comments: